welcome all money making entuziest fertigasi sabah

hello and welcome to my blog for your info, i am selling alat alat fertigasi,sabah atau alat alat irigation yang lain. macam dripper,nipple, 16mm polypipe, 4mm polypipe, drip tape, cocopeat, baja fertigasi, baja subur, ec pen dan lain lain. happy viewing

Thursday, November 18, 2010

pendapatan dari pertanian


LAPORAN HARGA PURATA PERINGKAT LADANG KOMODITI HARIAN
PADA KHAMIS, 18 NOVEMBER 2010 (ini link saya dapat dari fama) boleh click sini.(http://sdvi.fama.net.my/price/direct/price/daily_commodityRpt.asp?Pricing=A&LevelCd=04&PricingDt=2010/11/18&PricingDtPrev=2010/11/16)

[ HARGA TERDAHULU (SELASA, 16 NOVEMBER 2010) ]
kamu boleh call saya jeremy brand di hp no 0162128860

Pusat : KOTA KINABALU, SABAH

Nama VarietiGredUnitHarga
TinggiPurataRendah
AYAM KACUKAN BETINAF.A.Q100 KILOGRAM400.00390.00380.00
BAYAM HIJAUF.A.Q100 KILOGRAM170.00165.00160.00
BELIMBING BESI (B10)F.A.Q100 KILOGRAM120.00115.00110.00
BELIMBING BESI B17/MADUF.A.Q100 KILOGRAM120.00115.00110.00
BETIKF.A.Q100 KILOGRAM60.0055.0050.00
BETIK EXOTIKA / BETIK SOLOF.A.Q100 KILOGRAM80.0070.0060.00
CILI HIJAUF.A.Q100 KILOGRAM400.00375.00350.00
CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK)F.A.Q100 KILOGRAM670.00635.00600.00
DAUN BAWANGF.A.Q100 KILOGRAM500.00475.00450.00
DAUN KOBIS/KOBIS PANJANG (TEMPATAN)F.A.Q100 KILOGRAM130.00115.00100.00
DAUN SUP/SADRI CINA TEMPATAN TANAH TINGGIF.A.Q100 KILOGRAM450.00425.00400.00
HALIA MUDAF.A.Q100 KILOGRAM700.00675.00650.00
HALIA TUAF.A.Q100 KILOGRAM700.00675.00650.00
JAMBU BATUF.A.Q100 KILOGRAM120.00115.00110.00
KACANG BENDIF.A.Q100 KILOGRAM270.00265.00260.00
KACANG BUNCISF.A.Q100 KILOGRAM240.00235.00230.00
KACANG PANJANG HIJAUF.A.Q100 KILOGRAM200.00195.00190.00
KAILANF.A.Q100 KILOGRAM200.00195.00190.00
KANGKUNG/KANGKONGF.A.Q100 KILOGRAM170.00165.00160.00
KELAPA DIKUPASBESAR100 BIJI70.0065.0060.00
KELAPA DIKUPASKECIL100 BIJI50.0045.0040.00
KELAPA DIKUPASSEDANGSEN/BIJI60.0055.0050.00
KELAPA DIKUPASTIDAK DIGRED100 BIJI40.0035.0030.00
KETOLA SEGIF.A.Q100 KILOGRAM170.00165.00160.00
KOBIS BULAT (TANAH TINGGI)F.A.Q100 KILOGRAM100.0090.0080.00
PISANG BERANGANF.A.Q100 KILOGRAM120.00115.00110.00
PISANG MASF.A.Q100 KILOGRAM110.00105.00100.00
SALAD BULAT TANAH TINGGIF.A.Q100 KILOGRAM300.00290.00280.00
SALAD TANAH RENDAHF.A.Q100 KILOGRAM250.00245.00240.00
SAWI HIJAU CERAHF.A.Q100 KILOGRAM200.00195.00190.00
TELUR AYAMA100 BIJI26.0025.5025.00
TELUR AYAMB100 BIJI24.0023.5023.00
TELUR AYAMC100 BIJI23.0022.5022.00
TEMBIKAI NEW DRAGONF.A.Q100 KILOGRAM100.0095.0090.00
TERUNG PEPARU PANJANG TANAH RENDAHF.A.Q100 KILOGRAM300.00285.00270.00
TIMUN HIJAU CERAHF.A.Q100 KILOGRAM100.0095.0090.00
TOMATO TANAH TINGGIF.A.Q100 KILOGRAM200.00160.00120.00


PENANAMAN BENDI ( Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar.(satu hektar ialah 2.471 acres)
harga pasaran fama 18hb november 2010 RM260 per 100kg so 
RM2.6 x 10000kg = RM26000 untuk satu musim iaitu 3 bulan jadi satu bulan boleh dapat RM8666.66 
satu hektar atau RM3507 satu ekar satu bulan
1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)(boleh dapat di web page ini  
http://www.doa.sarawak.gov.my/kcg_bendi.htm)
2. Pendahuluan:

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.


3. Tanah:


Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

A. Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

B. Menanam

Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1).



C. Membaja

Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

D. Menyiram

Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.

E. Merumput

Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

F. Sungkupan
Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan.
G. Memangkas
Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.
4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.


5. Penuaian:

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

i. 50 - 55 hari selepas menanam.
ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan.
iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.
Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar.(satu hektar ialah 2.471 acres)



6. Pengendalian Lepas Tuai
|
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.
| Atas |
Sumber: Panduan Menanam Bendi, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. 

PANDUAN MENANAM SAWI